Jumaat, 17 Julai 2009

Banglo Kambing

Alhamdulillah, setelah melebihi tiga bulan lamanya, banglo yang diimpikan itu telah siap sepenuhnya termasuk pemasangan saluran minuman (nipple) dan lantai kongkrit simen serta longkang bagi memudahkan pembersihan tinja kambing.

Insyaallah banglo ini akan diserikan oleh penghuninya yang akan tiba sehari dua lagi. Kos pembinaan banglo yang beukuran 20 kaki X 20 kaki itu sekitar RM5,000.00 tidak termasuk upah. kerana kerja pembinaan banglo ini dilakukan sendiri berseorangan semasa hari cuti (2 hari dalam seminggu). Terasa gembira teramat sangat kerana ia merupakan hasil dari kerja tangan dan titik peluh sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan